Followers

Tuesday, August 31, 2010

~TANGGAL 31 OGOS~

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53.....

DAN...

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 8 BUAT KAMI SUAMI 
ISTERI....semoga kami sentiasa di beri kebahagian&keharmonian hingga akhir hayat...amin.



Friday, August 27, 2010

~Separuh lega~

fuhhh...kira dalam mingu lepas kot dah ada tempahan sudah sampai ke tgn empunya...separuh lega dah ibu..tp ada lagi yg menunggu...ni pon dah ada 3pasang yg dah siap..tp tgu dlulah xleh publish lg..biar sampai ke tgn tuan empunya dlu lah yer baru sopan sikit...hehe kan biat tuannya tgk dulu..
gambar bawah ni kira pra shimmering flora lah...ni kira trend skrg lah org pakai yg cam ada taman bunga ats baju tu...hehe tp ibu xleh wat sesuka hati..kenalah ikut bajet tuan empunya....coz shimmering flora ni mmg makan duit lah sket...hehe jd ibu buat ikut bajet...inilah hasilnya...ni di bhgn lengan sahaja...

ni pulak higlight tengah2 baju
 


dan ini khas buat si comel utk bergaya di pagi raya
 

selesai yg baju..ni bab tudung lak...layanzzz
 
 tudung ni gabung dgn sulaman benang sikit..

 


*abaikan lah yer pandangan pada kesan lakaran tu ye...sebenar tu erasable..

~Selera Sudah Datang...~


alhamdulillah...sekarang selera makan ira dah ada...kalo tak dlu2 susah betul nak kasik dia makan...kalo mkn pon setakat 2.3 sudu jer...risau gak ibu...tp sekarang selera nya sudah...mari..mari...hehe
lega lah sket tgk...tp fenat gak..haha..ish..ish.. ibu ni x yah ngeluh dah...ok..ok...syukur lah kan...
jadi sekarang apa dia nak makan ibu kasik je...& sekarang dah boleh dah ira makan nasi@bubur 3x sehari...itu main meal...tp ada lagi yg sampingan nya...haha
ni gambor ibu sempat snap ..sebenarnya ira dah makan bubur sebelom tu..pas2 dia nampak abg makan roti..maka dia nak jugak....hah tgk..xmo org suapkan..nak pegang sebiji tu makan sorang....sekarang siaplah..apa org makan dia nak jugak..kalo org x kasik hah siaplah dia mengamok...



 

Thursday, August 26, 2010

~Ngantuk nya lah...~

nilah gaya budak yg mengantuk yg amat....haha...kisah nya budak ni memula dah jaga tau lepas isap susu...tp tgk mamai lagi...ibu pon suh dia baring lagi kat ats comforter...ibu pon baring skali lah & tepok2 lah dia ni nak suh tido balik...memula dia layan lg tepukan ibu tu..hehe..pastu tetiba dia bangun berdiri panjat kerusi..ibu ni tgk jelah...pastu x sempat pnjt habis...benti tengah jalan dgn kaki terjuntai..pastu nmpk hang je...haha ibu pon intai lah..laa...rupanya dah terlelap balik...kah3..lawak tol ira...
itulah kamoo kalo selagi jarum tak pukul 11pg jgn harap lah boleh jalan kan kegiatan 'kemas umah' hihi
hah tgk betapa lena nya....siap ubah2 kedudukan lagi....hehe tp lps tu ibu angkat lah letak bawah balik..mau nya jatuh tu nanti..
 

~Rezeki RAYA~


Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya. 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

**Alhamdulillah rezeki untuk raya










Wednesday, August 25, 2010

~Naik Pangkat~

Hari ni....dah ada kenaikan pangkat tau....abah ke naik pangkat.???huhu idok ler...lmbt lg abah tu rasanya...itu yg IRA yg langkah bendul abah tau....huhu...

ini lah dia Sarjan MEJA Ira...
sebok je dia tau..
ibu sebok siap2 abg&kakak nak makan..dia pon sama sebok tau..
jadi hr ni ibu penat dgn keje 'mengutip' tau....kutip ira ni lah..sentiasa berada di atasan...huhu..sekelip mata je..ada ats kerusi...sekelip mata je ada atas meja...lotih mak noksss...duk angkut budak kecik ni..pas2 apa yg dia nak x dapat maka dia akan MENGAMOK..kalo tak ibu jd mangsa..lantai akan jd mangsa.dia akan capai apa je yg dekat dgn dia utk ketuk2 lantai....haha itu yg best nengok...tp yg x best nyer kalo dia marah dia gigit ibu..huhu ini mmg part sakit...haa..satu lagi kalo nak tau dia dah ada skill tau kalo dia berdiri ats kerusi yg dipanjat..dia akan pusing2 setempat..pastu bila dia fening lalat dia akan gelak2 sambil ketuk2 kepala dia...hah..very de NOTY kan budak ini..

Tuesday, August 24, 2010

~Kalau tak pegi sekolah....~

nilah gayanya budak nakal yang x pegi sekolah hari ni....duk umah keje nya kasikmulut ibu bising huhu

~Tapau dari klinik~

kelmarin wani demam...bawak pi klinik....dah langsung x pi skul...

nilah budak yang demam

maka tapau lah ubat dari klinik....termasuk yg asif skali..
 
 cek asif jgklah coz batok2 n selsema dia lom baik lg,ubat dah habis yg stok kat umah..
pas2 doc cek temperature bdn dia cam ada lg lh sket pns2 tu...jd doc suh continue mkn ubt demam lg sampai betul2 baik...sbb skrg musim ramai yg demam...wani pon doc siap kasik mc 2hari coz doc suh baik betul2 dlu br boleh pi skul...takut nti demam lg...oh tidakkk...hr ni wani start mid sem exam...maka blk klinik terus ibu pi skul jumpa guru kelas wani...cikgu dia ckp oklah..nti dia bg tau cikgu yg subject exam hr ni tu...

ni budak sebok gak nk jd misi..ikut je montot ibu sana sini pas2 nk dukung...huhu ibu lak busy jd nurse..


insyaAllah esok wani dah boleh pi skul...esok pon still exam...mintak2 dpt lah dia jawab soalan2 dgn tenang...

Saturday, August 21, 2010

~Saya Mau Bertudung~

nilah gaya budak yang mau bertudung hari ni....tp sebenarnya dia nak bergaya dgn brooch baru nya...
pagi2 lagi sebok tanya ada nak kuar pi mana2 tak....awal2 lagi duk test2 tudung ibu..ambik lah tudung tu..tp yg mahal2 x boleh yer...hehe....tgklah...tido pon cover lg tau takut tudung tu bergerak kot..haha kalo tak mmg dah landing terus je kalo ngantok..hari baik punya pose tido...haha sbb awal2 abah ckp..pakai tudung pakai elok2 jgn cabut2&duduk diam2 dlm kete....tadaaaa...berjaya jugak wani pertahan kan tudung nya itu...

ni iklan budak nakal....yg xleh tgk seat driver 0...huhu...muka tatap selamber...
 

Friday, August 20, 2010

~Susu Ibu Tidak Akan Kering~

Susu ibu tidak akan kering







UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.






Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.


PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.




"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

~DOA HARI KE10 PUASA RAMADHAN~

DOA HARIAN BULAN RAMADHAN

Doa Hari –10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Thursday, August 19, 2010

~Cerita hari ini...~

Hari ni dah 9 hari kita berpuasa kan...alhamdulillah..ai..banyak ni nak citer utk satu hari ni..xper lah kita ambil yg penting2 jer yer....& start dr pagi lah...

citer pg nyer anak sulong ibu...wani x pegi sekolah hari ni coz sakit paler.tgh mlm smlm ngadu rasa cam gegar2 dalam paler..kami ni duk ckp mesti pening tu sbb dia pegi skolah smlm lupa nak pakai spek.tp sampai ke ptg xder lah baik nyer...kejap2 dtg lagi.pas2 baru lah dia citer rupa nya dia tersalah urat kot coz dia pergi menerjah tilam nyer dari berdiri tu terus landing kepala dlu.terus berdenyut kepala nya lepas tu.Ptg td sakit nya tu dah sampai ke leher...huhu maner lah nak cari tukang urut.

habis kisah tu tghr ibu sibuk dgn JELLY KELAPA ibu...sblm ni ibu jual di KIOSK lah di bln ramadhan ni.tp hari ni special coz turn ibu utk moreh mlm ni @menu mkn slps terawih tu.x taulah org lain panggil aper.thn ni turn kami dgn tuan pengarah,,,huhu sapalah yg letak nama ni.berdebar gak memula coz kami nk wat menu simple2 je..ibu malas lah nak godek2 lama dlm dapor tu coz ibu dari pg sahur dah bekerja menikam.Jd utk kesenangan ibu,awal2 ibu dah bg tau abah ibu nak wat jelly kelapa je.kmarin pengarah siap panggil abah ajak discuss pasal menu moreh tu....dedebar gak takut kena tukar menu...alhamdulillah...pengarah setuju dgn menu tu..dia wat kebab...jadi kami bhgn JELLY KELAPA&TEH MADRAS...alhamdulillah...slesai jua akhirnya..abah bg tau ramai org puji jelly tu...wahwahwah kembang semangkuk ats bawah lah ibu ni...huahua..xder lah...kasik pree laju jelah kn..ibu dah jual dari awal minggu lg tp x lah selaris tu...hukhuk...haha bukan merajuk tp fakta yg betul haha

 ni jelly kelapa nya

campur2 ni utk jual&untuk moreh
 ni lah antara yg siap utk moreh...40 bekas tau..

maka ptg td cam biasa ibu di kiosk..nak2 dah terima tugas utk mengira2 lepas ni..huhu jd kena rajin2 lah melawat itu OFIS baru ibu..duk belek2 itu ini lewat jgklah siap.Jd nak balik masak mmg x sempat jd tapau jelah..+ lak ibu rasa letih yg amat hari ni coz si IRA&ASIF x tido siang.jd ibu punya projek 50 bekas jelly kelapa&19bungkus roti john berjalan seiring dgn karenah 2badik ni...huhu alhamdulillah semua nya dpt disiapkan..LEGA...buakk pose pon ira kacau ibu....dia tido lelap kejap je pastu bgn kacau ibu..maka ibu berbuka dgn air&kuih2 sajer..selera pon dah ilang + fenat

ini malam budak ini pon x mo tido jugak..huhu MAKIN TERSERLAH KENAKALAN MU WAHAI ANAKKU IRA.....sebagai penutup inilah gambar budak nakal....nak pi tido dah..esok kan x bangun sahur..budak ira pon lom tido lg ni...

aksi budak nakal dah dpt panjat kerusi ni sendiri..walaupon kerusi ni terletak di tengah2 donia...hukhukhuk terkezut ibu dgn hanya sekilas pandang sahaja dia dah di ats...

 
 nak cover takot kena marah lah ni


alalala....siap pelawa ibu suh pi makan lagi tu...bijak..bijak..
nilah pagar tangga yg ibu&abah bikin utk ira... ada kelassss tak...hehe

~Dah baik dahhh....~

Alhamdulillah hari ni rasanya asif dah boleh ke sekolah...coz dah baik dah dari demam...
mlm smlm je panas badan nya....lepas makan ubat..dah x panas sampailah siang tu...cuma ada cam selsema&batuk sket2....
mintak2 nanti cepat sembuh sepenuhnya...b4 balik kg....kena pegi skolah lah yer nak....kalo asif duk umah...aduhh...lari jadual tido ira&lari jugak lah jadual ibu masuk ofissss..ibu kalo boleh nak cpt2 siapkan tikam menikam ni..meh saper nak tolong angkat tgn.....haha


~DOA HARI KE9 PUASA RAMADHAN~

DOA HARIAN BULAN RAMADHAN

Doa Hari – 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Wednesday, August 18, 2010

~DOA HARI KE8 PUASA RAMADHAN~

DOA HARIAN BULAN RAMADHAN

Doa Hari – 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

~uishhh..penuh...?!

Alhamdulillah hari dah masuk hari ke7 kita semua berpuasa kan...alhamdulillah jugak...biz menu bukak pose kami pon berjalan dgn lancar jgk hari ni....disebabkan sesajer pi tgk org jual2...maka umah ni x berasap lah utk menu berbuka sendiri..jadi pilah tempah sup ekor..pas2 abah beli KFC lagi coz ni janji dgn asif,air kelapa..jelly kelapa......fuhhh...x penah2 bukak puasa mkn sebanyak ini...aduhhh..ketat giler seluar ni...sampai abah x terpegi terawih...hehe ibu pon terlentang je....haha....
maka esok kami berazam x nak dah bukak pose byk2 camni....org putih ckp...JENG GINI!!...huhu
membazir jugak kan nama nya...errmmm xder lah byk menu nya tp entah lah..bahaya boleh memberi kami KEMALASAN tahap gaban...haha ini yg penting..sbb jd berlengkar cam ular sawa.......hehe
ok lah nak naik tido dulu...kan jd cam semalam tak terbangun sahur...huhu....

*br td sedar yg asif demam..huhu

Monday, August 16, 2010

~DOA HARI KE6 PUASA RAMADHAN~

DOA HARIAN BULAN RAMADHAN
 
Doa Hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Sunday, August 15, 2010

~Berakhirnya minggu bertapa ku~

Yeayyyy...

mula2 kena yeayy dulu ni.....hehe mana tak rasa nya dah berminggu2 bertapa ni...
Hari ni kira last day lah bertapa....kalo tak tiap weekend kete sentiasa gerak je...dari awal bln 7 kot weekend kami duk umah jer...abah byk program..dgn kursus lah..dgn kelas lah...jd hari dah last day...hehe jadik dah boleh ambik mood balik kg lak lah la yer....haha
tp awal lagi.....yg penting esok ibu&abah baru boleh memulakan misi yg dah lama tertangguh akibat kebizian abah....doa kan kami yer semoga success dgn misi yg akan dilaksana kan ni.....insyaAllah...
cam biasa misi menikam ibu sentiasa berjalan...di bulan puasa ni ibu punya jadual menikam akan bermula lepas sahur sampai tghr..pas2 mlm smbg balik...tp bj tuan empunya bdn&anak2 belum mula pon lg hehe yg customer didulukan...kan....