Followers

Tuesday, October 25, 2011

~Tertumpah jugak air mata ku~

 Ptg smlm cam biasalah ibu turun bawah dgn anak2..sambil2 nk pi antar kain nk suh kawan jahit kan baju utk ira..kena2 kawan yg menjahit tu kuar..kat bawah tu cam biasa lah waktu ptg duk reramai ...maka kami pon gerak lah ke umah kawan kami nak pegi melawat dia yg br je kehilangan baby baru2 ni.Tgh mlm smlm dia baru sampai Mersing selepas 1mgu di Kedah menguruskan pengebumian babynya.

Sebenarnya kawan ibu tu lahirkan babynya tu x cukup bulan...dlm 7bln.Jumaat lepas kwn ibu tu bleeding byk sgt,pi klinik kesihatan doc scan rupanya uri kat bawah.Terus lah kena antar JB...sampai JB doc nk operate,tp x sempat operate air ketuban pecah dulu terus bersalin baby keluar songsang.Lahirlah baby girl seberat 1.2kg.Cam biasalah kan x ckp bln mmg kena masuk inkubator.

Dalam hari Sabtu kwn ibu tu balik lah ke Mersing dulu tp anak xleh discharge lg.Dalam hari ahad hospital JB kol bg tau baby dia tak stabil..terus dia gerak ke JB....dari umah lg kwn ibu tu bg tau..dia dah sedih dah,spnjg perjalanan tu nangis je...semasa dlm perjalanan pulak hosp kol lg bagitau babynya dh meninggal....Tuhan saja yg tau perasaan seorang ibu masa tu kan....ibu yg dgr kwn ibu bercerita pon naik sebak...ibu terpaksa lah tahan sebak tu...kan kita sedih org yg lalui tu lg lah sedih....tapi tertumpah jugak air mata ibu ni kat c2 selepas kwn ibu tunjukkan gambar arwah baby nya....sayu&sedih tgk wajah arwah baby tu...insan yg xder secalit dosa pon,tenang je pergi.wajahnya pon cam keadaan senyum je..mana tak jatuhnya air mata ibu ni yg dr td duk tahan...harap kawan ibu tabah hadapi semua ni...dah ada org tunggu dia kan di akhirat...

Semalam sebak lg ibu ni bila tgk status kawan ibu ni di FB "hadirmu walaupun seketika cuma mengajar erti ketabahan dan kesabaran.dlm keredhaan ini hanya air mata menjadi pengubat rindu mama padamu sayang.ketahwilah olehmu yg mama sentiasa merinduimu dan menyayangimu dunia dan akhirat.berbahagialah dan damailah putri kesayangan mama Zurain Najla disana..mama sayang adik...."


3 comments:

MaMa NuRuL said...

sedihnya...semoga ibu dia redha dgn ujian ini, di syurga dah tempat baby tu...

[leily.laily] said...

AlFatihah, bidadari syurga itu menunggu mamanya di sana..

Anonymous said...

alfatihah ...

tingat kt arwah anak sulong aku