Followers

Showing posts with label InFo. Show all posts
Showing posts with label InFo. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Festive Mersing

  Salam Pagi Jumaat...sementara duk baking ni...celah jap lah conteng kat blog ni...dah lama tak menconteng huhu...ermmm..hari ni dah jumaat....esok Sabtu....anak2 ibu tunggu weekend ni.coz nak tgk fireworks sempena FESTIVE MERSING br2 ni fireworks dlm ilp masa sukan tak sempat tgk......ala...FESTIVA MERSING ni dah byk kan pomot nya dlm tv....festiva ni berlangsung 14th&15th April ni...sempena pecah tanah utk Mersing Laguna

 
inilah yg dirancang2 utk pembangunan 7thn lagi....glamour lah org mersing skrg...hehe....tp kami ni merantau je kat sini...

 ni hasil google...kuar lah gambar signboard br naik ni..hehe..mmg merata2 signboard FESTIVA MERSING ni....siap nanti nasi lemak kopi o pun bersiaran langsung dari sini....
ok lah sampai sini dulu lah...nanti insyaAllah kalo dpt jenjalan sana...kita upload ye gambar2 kat sana...




 

Wednesday, August 10, 2011

~Risiko mengamal PIL PERANCANG~

 Semalam ibu ada terbaca status kat salah seorang student yg skrg tengah ambik course kejururawatan..bakal nurse lah ni...rasanya cam bagus utk ibu sebar2 kan buat kawan2 semua buat jd peringatan

"Perempuan yg mengamalkn pil perancang keluarga sbg 1rutin harian utk beliau, risiko utk dpt kanser serviks n breast cancer. Besar woo!"

 Maka renung2kan lah apa maksud yg tersirat daripada perkongsian hasil pembelajaran rakan ibu ini....

Patotlah penah dapat pesanan dari doktor kalo ambil perancang kena buat pap smear every year...oo..rupanya high risk utk serviks kanser...ibu juz nak kongsi kn aje..kalo nak dapat kan kepastian bolehlah kwn2 pi rujuk doc yer..



Tuesday, July 12, 2011

~Saper nak tobang?!~

 Promo..promo lagi....dulu duk nun di sana...pantang tgk promo2 dari AA ni...allergic tau.....haha...sekarang tidak lagi....tgh malam semalam bunyi msg kat fon abah...dedebar igt saper lah agknya...tuptup rupanya dpt msg bg tau yg AA buat promo hari ni....jadi sesaper rs nk jelajah2 Hong Kong,Bali,Singapore...& etc..baik pi jenguk sini...kami ni lom berminat lagilah nk jelajah luar2 ni...poket pon x cukup berat lagi....




Saturday, June 25, 2011

~Kalo nak sihat jom makan hingus..~

 Fakta Menarik...
Penah tak kowang tgk budak2 suka sangat jilat hingus...rupa nya boleh jadi dihat kalo makan hingus....eiiiyek..
Bacalah ni

Mengambil hingus dan memakannya mungkin saja menyehatkan
Mucophagy (yang artinya pemakan ingus) adalah pemakanan ingus, lendir, ataupun kelenjar lainnya yang berasal dari hidung. Beberapa penelitian menyarankan bahawa mucophagy mungkin saja kejadian alami dan bahkan kegiatan yang menyehatkan, yang membiarkan system pencernaan thd bakteria terakumulasi di dalam ingus, yang kemudian membantu memperkuat pertahan tubuh.

Renung-renungkan lah...

 

~Bersin ada bahayanya~

  Fakta-fakta Mengerikan Tentang Bersin



Anda pernah bersin ? Bersin dapat disebabkan oleh udara dingin, debu, asap, bubuk merica, dll. Bersin berguna menjaga agar hidung tetap bersih (cleansing effect). Udara yang mengembus kuat dengan tekanan tinggi dari paru-paru mendorong keluar melalui hidung dan mulut.
Bersin merupakan salah satu tindakan tubuh yang sangat rumit, dan ternyata bersin itu memiliki beberapa fakta mengerikan. Sebaiknya Anda baca dan jangan lakukan hal yang dapat memicu bahaya bersin. Berikut beberapa faktanya :
  1. Bersin merestart tubuh kita Pada saat kita bersin, secara refleks maka otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdetak untuk sementara. Dan setelah kita selesai masa bersin tersebut, maka jantung kita akan berdetak kembali
  2. Kekuatan bersin Saat bersin, maka lendir atau benda-benda asing yang ada di mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan 100 mil per jam. Jika bersin terlalu keras beresiko dapat meretakkan tulang iga.
  3. Bahaya ketika menahan bersin Ketika Anda menahan bersin, maka Anda akan menahan tekanan bersin maka tubuh harus mengatasi perubahan akibat tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam saluran pernapasan. Tekanan tersebut bisa menyebabkan kerusakan pada gendang telinga, selain itu resiko mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher mungkin dapat terjadi
  4. Bersin mengeluarkan banyak sekali bakteri Ketika bersin maka tubuh akan mengeluarkan 100.000 kuman atau bakteri ke udara. Menurut John Pan, MD, kepala Pusat Pengobatan Integratif di George Washington University Medical Center, bersin yang ditahan akan memaksa bakteri kembali masuk ke dalam rongga hidung dan kanal telinga, sehingga bisa menimbulkan infeksi bagi tubuh kita.
  5. Resiko yang dialami saat membuka mata saat bersin Saat bersin, maka akan terjadi stres yang luar biasa pada tubuh, tekanan udara yang cukup penting terletak pada mata.Tekanan tambahan tersebut memang tidak akan membuat mata copot atau keluar (namun dapat saja terjadi). Tekanan itu akan membuat mata merasa tidak nyaman. Sehingga secara refleks seseorang akan menutup matanya saat bersin sebagai bentuk perlindungan. Jadi akan sulit untuk membuka mata saat bersin.
Itulah beberapa fakta mengerikan seputar bersin, memang mengerikan, namun jika Anda memperlakukan bersin tersebut secara normal, maka fungsi sebenarnya dari bersin tersebut akan Anda rasakan.




 

Saturday, April 23, 2011

~Jom join kursus FREE~

 Kursus FREE??! mesti korang cayer macam tak cayer je kan...mmg ada kursus free...ni yg cik somi ku kena ngajor on weekend...sebenarnya ni namanya Program 1 Malaysia lah...


kalo tak salah program ni dijalankan kat mana2 insitut latihan...tp yg lebih arif nya aku tau yg ILP je...yg institut lain aku x taulah betul2 FREE ke tak...macam2 Kursus ada tau bukannya yg utk keje2 kilang je,,nak2 yg baru nk jinak2 pegang DSLR tu...ada gak kursus2 camni...editing ke...boleh dikatakan macam2 ada...program ni dijalankan on weekend...2hr jek..kalo berminat boleh lah kowang cek kat SINI....boleh lah kowang survey mana2 institut yg berhampiran dgn kowang..tp ni yg under JTM jelah..kalo GIATMARA ke...IKM ke...IKBN ke...kowang try lah bukak website dia...aku tau majikan aku punya je...hehe konon majikan aku padahal laki aku yg keje...majikan mu majikan ku jua lah kan...kan..
 

 

Friday, April 22, 2011

~BE RM2K sebulan~

  omang ai....dapat BE sampai 2k sebulan?!...perhhhh ..kalo mak x yah penat buat jahit manik nox nak cari duit poket hehe ...duk ngadap depan ni je...pastu masyuk...masyuk...
inilah cik epal yg mmg bulan2 BE masuk leh wat buntang mata kita nengok....camner kowang..mampu tak?maka jgnlah curang dgn nuffnang...setia pada yg satu...hehe ai...kena tanam smgt berblogging lh lepas ni....kena mkn vitamin rajin lh camni...hihi
 

~Sharing is caring~

  Petang ni nak buat apalah...malas lah rasa nak masak2 huhu...Esok weekend patot hari ni ceria2...tp sabtu&ahad abah ada kelas kena ngajar...&wani pon sekolah ganti utk deepavali...alahai...kena lah terperap kat umah...
hah...td kan duk jalan2 kat blog2 org....tuptup jumpa satu info....ermm barulah aku faham camner geng2 aku yg ramai dapat BE tu...eeiii jeles I tau...rugi dlu awal2 tak daftar nuffnang....nilah blog yg aku tgk utk dapatkan BE tu ...kena cuba try test buat gak ni....sharing is caring kan....ramai2 kita kumpul duit dgn blogging ni..xderlah tamak sensorang kan....hehe anyway thanks pada rakan2 bloggers yg mana kasik info2 nuffnang ni&tutorial tu..mmg kowang tak kedekut ilmu...hehe
 

Monday, February 21, 2011

~Alahai lupa lagik..~

huhu...hari ni ibu lupa lagi....pagi td berhajat dah dlm hati nk kasik wani makan esberitox sblm pi skul...dr jumaat lepas lagi...tertangguh2 lupa nya tu...sian anak ibu...
oo..lupa nak cerita yer takot ada yg tak kenal dgn esberitox ni...sbnrnya ni dia bagus lah utk org batuk&selsema...kira nya immune lah utk bdn kita....makan esberitox ni bila dah nampak tanda2 awal lah...terus mkn insyaAllah selsema batuk tak melarat....sbnrnya ni kakak ibu yg perkenal kan.saper lagi kalo bukan MAMA B hehe yg mmg arif tentang ubat2 ni..bleh jadi pharmacist dah....memula ibu rasa cam takot lah nak ambik banyak2...igt dia cam ubat....tp hari tu ternmpk dlm paper ader jugak tntg ni..pas2 ibu pon search internet...yg esberitox ni dari herba...jd elok lah utk budak2 ni kan kalo makan sentiasa...tp kita yg dewasa pon boleh tau...skrg kalo budak2 ni travel ibu dah kasik mkn ni awal2...coz kdg2 dorang ni kalo travel mesti lps2 travel tu selsema dtg...skrg alhamdulillah dah bleh prevent ...dorang pon suka makan ni coz dia rs pon cam masam2 sket...ira pon ibu dah start kasik tp half lah...
baru2 ni wani yg nampak cam nak selsema ..pg2 dia ckp sakit tekak je cam nak selsema dia ckp...tp itulah ibu ni duk kalut pagi2 asyik lupa je..

kalo kawan nk kenal inilah rupanya...nak tau lebih details boleh lah ke sini




nak dapat kan esberitox ni pon sng je tau..bleh pegi guardian je...kat farmasi2 pon ada...harga utk 1papan ni dlm RM16..kalo tak silaplah...sorry lah kalo salah hehe lebih kurang harga tulah...

Thursday, August 26, 2010

~Rezeki RAYA~


Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya. 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

**Alhamdulillah rezeki untuk raya










Friday, August 20, 2010

~Susu Ibu Tidak Akan Kering~

Susu ibu tidak akan kering







UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.






Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.


PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.




"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.